Sunday, December 4, 2011

Simpan dan Belilah Emas Untuk Simpanan Masa Depan Orang Islam

                                 Kenapa perlu simpan dinar?



- Ia merupakan wang sunnah 
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) 
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) 
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

KENAPA PERLU SIMPAN/BELI EMAS 




(1) memiliki nilai tersendiri seperti emas, perak, kurma, gandum, barli, garam dan lain-lain barangan komoditi yang memiliki nilai,

(2) nilainya tidak berubah berdasarkan masa, sebagai contoh, nilai 1 gram emas tetap sama daripada zaman dahulu sehingga sekarang sebab 1 gram emas dahulu dengan 1 gram emas sekarang adalah sama. Sebagai contoh, 1 keping dirham wang perak murni seberat 3.00 gram dapat membeli 1 ekor ayam di zaman RasulAllah SAW, sekarang ini setelah lebih dari 1400 tahun kemudian 1 ekor ayam masih boleh dibeli dengan 1 keping wang dirham perak murni seberat 3.00 gram. Logiknya adalah kerana ayam dan wang perak itu tidak pernah berbeza di zaman 1400 tahun dahulu maupun sekarang. Cuba bandingkan fenomena ini dengan harga ayam 10 tahun dahulu dengan sekarang. Jauh sekali bezanya. Ini adalah disebabkan duit yang kita gunakan sekarang ini adalah duit Riba sedangkan dahulu manusia mengunakan matawang sebenar.

(3) diterima oleh segenap lapisan manusia. Cuba kita ambil sekeping wang RM100 dan kita koyakkan kepada 10 cebisan kecil dan kemudian kita campakkan di udara di kota London, agaknya akan adakah manusia yang berebut-rebut mengejar cebisan wang itu untuk dicantumkan supaya mereka miliki wang RM100 tadi? Berbanding dengan jika kita pecahkan sekeping wang dinar emas murni kepada 10 keping dan kita lakukan aksi yang sama seperti yang kita lakukan kepada wang RM100 tadi. Dengan yakin, InsyaAllah ramai yang akan berebut untuk mengambil sekeping dari pecahan wang dinar emas murni tadi kerana biarpun sekeping kecil dari 1 keping wang dinar emas murni tetapi sekeping kecil ini adalah emas, dan semua manusia menilai emas sebagai berharga. Allah SWT telah nyatakan hal ini di dalam Al-Quran tanpa ragu lagi. Cuba kita bawa wang ringgit untuk digunakan di negara China, sudah tentu wang itu tidak dapat digunakan di sana sebaliknya kita perlu menukarkan wang tersebut kepada matawang Yuan dan barulah kita dapat membeli apa-apa di negara China. Tetapi sekiranya kita bawa wang emas ke negara China ataupun ke mana negara di dunia ini sekali pun, InsyaAllah kita tidak akan ditolak, pembelian kita dengan mengunakan pembayaran wang emas akan diterima oleh penjual dengan rasa riang dan gembira. Dengan berlandaskan matawang Riba inilah sistem ekonomi sekarang ini berjalan. Bagi menjayakan sistem ini, ekonomi secara kredit (hutang) perlu diperhebatkan. Maka diwujudkan sistem perbankan bagi melaksanakan hasrat dajal mereka ini. Namun yang menyedihkan timbullah pulak pihak yang kononnya sebagai pakar fiqh Islam yang membenarkan pengwujudan sistem perbankan Islam, di mana yang asalnya haram dihalalkan. RasulAllah SAW ada bersabda di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba. Lalu ada yang bertanya, Apakah semua manusia wahai Rasulullah? Sabdanya, Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya. Zaman yang RasulAllah SAW maksudkan ini adalah di zaman kita sekarang ini, walaupun kita cuba untuk tidak menggunakan sistem perbankan sekarang ini tetapi kita masih menggunakan matawang riba yang cukup menindas ini. Firman Allah SWt di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang di antara maksudnya jika kamu terus mengamalkan riba, maka tunggulah bahawa Allah dan para Rasulnya akan datang memerangi kamu. Masalah riba ini masih dipandang ringan oleh masyarakat kerana rata-rata masyarakat Islam jahil akan pengertiannya, sedangkan, Abdullah ibn Handullah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, (Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali.)

Dan manakala Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275, yang di antara maksudnya, (Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantang penyakit jiwa. Maka tidak hairanlah kenapa di zaman ini kita lihat terlalu banyak sangat penyakit sosial dan keruntuhan akhlak berlaku.)

 Mungkin juga ini adalah faktur yang membuatkan doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT kerana kehidupan harian kita bergelumang dengan dosa hanya dengan amalan ekonomi yang kita gunakan hari ini. Inilah juga yang menjadi jawapan kepada kenapa umat Islam boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa zionis di masa kini. Kita terlalu jahil sehinggakan amalan ibadah kita yang kita sangkakan suci telah dicemari dengan amalan riba. Kita tunaikan zakat dengan nawaitu untuk mensucikan harta kita dan juga menunaikan tanggungjawab di dalam rukum Islam, dan dengan harapan zakat tadi dapat memakmurkan ekonomi ummah Islam tetapi digelakkan sahaja oleh pihak zionis kerana mereka telah dapat mencemarkan ibadah kita apabila kita menggunakan matawang ciptaan mereka ini.

:- petikan dari hani _iwan (ILUVISLAM)

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More