This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, December 18, 2011

Pelabur keluarkan berbilion yuan


Seorang kerani membawa sejumlah wang kertas yuan di sebuah bank di Suining, wilayah Sichuan, China pada Selasa lalu.




BEIJING - Para pelabur China mengeluarkan berbilion-bilion mata wang yuan dari bank-bank utama dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, lapor akhbar 21st Century Business Herald semalam.
Deposit wang merosot 400 bilion yuan (RM200.3 bilion) semasa mata wang yuan berada dalam tekanan paling besar sejak ekonomi global merudum pada 2008 dengan ekonomi domestik perlahan serta kekalutan masalah kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan permintaan untuk dolar AS.

Pengeluaran wang yuan itu bakal menjejaskan pinjaman dengan empat buah bank utama mengeluarkan hanya 30 bilion yuan (RM15.03 bilion) dalam bentuk pinjaman baharu dalam tempoh 10 hari.
Bank-bank China mengeluarkan yuan berjumlah 562.2 bilion (RM281.6 bilion) pada November lalu.
Menurut akhbar 21st Century Business Herald yang memetik sumber-sumber, separuh daripada pengeluaran wang itu adalah daripada Bank of China yang mempunyai perniagaan tukaran wang asing terbesar.


Akhbar itu melaporkan, beberapa buah bank lain yang terjejas ialah Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank dan Agricultural Bank of China.
Para penyimpan wang mungkin mengeluarkan dana masing-masing kerana mereka sangsi mata wang yuan akan mengukuh pada tahun depan.

China yang bergantung kepada eksport melaksanakan kawalan ketat ke atas mata wang yuan.
Pengkritik-pengkritik menyifatkan kawalan tersebut tidak adil kerana ia membolehkan China menjual produknya pada harga murah.
Ketika permintaan untuk produk China semakin lemah, pemerintah dijangka bertindak untuk menghalang penyusutan nilai yuan bagi mengelakkan kejatuhan eksport dan kehilangan pekerjaan di sektor pengilangan yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - AFP
  

Monday, December 12, 2011

SENARAI PENGELUAR BARANGAN EMAS YANG DITERIMA UNTUK TRANSAKSI GADAIAN DI AR-RAHNU X’CHANGE


1. Bank-Bank di Malaysia.  
  • Maybank - Kijang Emas keluaran BNM
  • United Overseas Bank (UOB) - Maple Leaf dan Aust Nugget
2. Kedai Emas yang tersenarai dalam Bursa Saham
  • Poh Kong Holding Bhd.
  • Tomei Consolidated Bhd. –Maple Leaf dan Aust Nuggets
3. Kerajaan Negeri
  • Kerajaan Negeri Kelantan - Dinar Emas
  • Produk mereka ada dijual melalui Kedai-Kedai Ar-Rahn di bawah Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
4. One Asia Gold Sdn Bhd
  • Loket 50gm
  • Loket 100gm
  • Dinar 22k - 4.25gm
Pengeluar /Kedai-Kedai Emas yang lain akan disenaraikan sebagai cadangan setelah kajian kekukuhan syarikat dan penglibatan mereka dalam perniagaan emas dikenal pasti. 


 

Sunday, December 11, 2011

Apa itu Pajak Gadai Islam di Ar-Rahnu Exchange ???

Seperti yang dijanjikan pada anda,post saya kali ini akan memperkenalkan sistem mengandakan lagi emas anda.Kini di Ar-Rahnu Xchange anda boleh memperluaskan lagi pelaburan emas,sistem ini diperakui mengikut kaedah islam..

 

 



 Produk

Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim:
  1. Skim Ar-Rahnu
  2. Skim Az-Zahab

Tujuan

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
  • Menghapuskan unsur ‘riba' dalam urusan pajak gadai
  • Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

Had Pinjaman

Skim Ar-Rahnu
65% atas nilai marhun atau minimum RM100.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.
 
Nota: Jumlah maksimum pinjaman yang boleh diberi bagi setiap gadaian ialah 65% atas nilai marhun atau maksimum RM 10,000.00
Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara diberikan kepada Pengurus Kedai untuk meluluskan pinjaman di bawah RM100.00.
 
Skim Az-Zahab
65% atas nilai marhun atau minimum RM 10,001.00 dan maksimum  RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.
Keistimewaan Ar-Rahnu X'Change juga ialah bayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa had atau tetapan. Tempoh Gadaian juga boleh dipanjangkan mengikut perundingan.
 


 Kiraan Ar-Rahnu

Tatacara pengiraan bagi Ar-Rahnu adalah seperti di dibawah: - 

Pengiraan upah simpan dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula berikut: 

US  =  NM  X  (K/100)  X  12  X   (T/365)
US
Upah Simpan
NM
Nilai Marhun
T
Tempoh ( hari)
K
Kadar

Contoh 1
 
Nilai Marhun
=
RM 1,200.00
Jumlah Pinjaman
=
RM  780.00 (65% atas nilai marhun)
Tarikh Gadaian
=
15 Julai 2009
Tempoh
=
180 hari ( 6 Bulan)
Tarikh Matang
=
15 Januari 2010
Kadar Upah Simpan
=
RM 0.65


Saya mula kenal Ar-Rahnu Xchange semenjak dari hujung tahun 2010,di situ terbuka minda saya untuk membuat pajak gadaian emas.Kemudian dari pada itu baru saya sedar bagaimana emas itu bernilai,dan ia dapat membantu sesiapa yang perlu bantuan.Itulah emas sepertimana diceritakan dalam agama kita (Islam)..Alhamdulillah saya telah membantu sebahagian rakan-rakan saya yang masih menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi swasta,yang mana mereka ini hanya mendapat pinjaman semata-mata dan keluarga mereka tidak mampu untuk menyara kos pembelajaran.Dengan ada Ar-Rahnu Xchange,saya membantu mereka membiakkan lagi duit mereka sehingga ada yang mampu menjelaskan pinjaman selepas selesai pengajian dengan serta merta.Dan dalam masa yang sama mereka juga mempunyai simpanan emas tersendiri..Anda bila lagi nak cuba.. 

Saturday, December 10, 2011

Apakah sebab-sebab sebenar di sebalik kenaikan harga emas?



Harga emas mencecah paras tertinggi apabila harga 1 ounce (31.10g) USD 1900 , dan ini adalah kali pertama di mana harga ini melebihi tahap sebenarnya sebelum ini, dan penganalisis kewangan menjangkakan terus meningkat harga emas boleh sampai ke sempadan  USD 2000 di masa hadapan. Tetapi apakah sebab-sebab sebenar di sebalik kenaikan ini tidak pernah berlaku sebelum harga emas.

1 - Defisit berkembang dalam imbangan perdagangan ke Amerika Syarikat:


   Defisit yang semakin meningkat dalam imbangan perdagangan ke Amerika Syarikat dan salah satu sebab untuk harga yang tinggi dari emas, dan defisit ini adalah disebabkan oleh peningkatan kadar penggunaan swasta, termasuk import kepada jumlah eksport. Apabila nisbah peningkatan import sebanyak 1.4% dan peratusan peningkatan dalam eksport sebanyak 0.4% menjadi defisit dalam imbangan perdagangan dan seterusnya meningkatkan harga emas.
2 - Pengeluaran yang rendah:-


   Pengeluaran yang lebih rendah daripada beberapa negara pengeluar emas untuk sebab lain ditambah kepada sebab-sebab bagi harga emas yang tinggi, yang paling penting negara pengeluar emas adalah: Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China dan Filipina.
3 - Faktor-faktor politik dan ekonomi:


    Dr. Akram Abdel Aziz pakar ekonomi mengesahkan bahawa politik dan ekonomi di dunia memainkan peranan penting dalam kenaikan harga emas di pasaran antarabangsa, seperti yang berlaku dalam pasaran Asia dan pada awal abad ini, apabila harga emas meningkat lebih daripada 25% berbanding tahun lepas. Seperti yang anda lihat, Dr. Akram boleh menjangka sebab-sebab kenaikan harga emas berdasarkan kepada apa yang berlaku dari turun naik dalam pasaran kewangan dan pasaran minyak dunia seperti yang ditunjukkan dalam kadar pertukaran mata wang secara umum dan dolar khususnya, menyebabkan sesetengah negara untuk menyimpan sejumlah besar bijih emas pada menjangkakan apa boleh terdedah kepada ekonomi global risiko politik dan keselamatan, seperti yang berlaku di Jepun dan Russia.


graf kenaikkan harga emas 2011 *(bkn 2012)..


Ini diperkukuh oleh peningkatan yang lebih besar dan kegalakan daripada krisis yang melanda dunia dengan ekonomi, sosial, dan ia jelas sekali bahawa terdapat  kecenderungan penggunaan emas sebagai menyimpan harta dari risiko  pelaburan lain dan ragam ketidakstabilan kadar pertukaran dalam pasaran saham, terutama selepas ia mengumumkan beberapa syarikat menjadi muflis di beberapa negera dunia.

4 - Peningkatan permintaan:


petikan 2004-2008 sekadar nak menampakkan perbezaan pada anda

  Bagi pakar ekonomi Dr. Ibrahim Roses,sebab-sebab kenaikan peningkatan harga emas dengan pertambahan permintaan global dan kekurangan jumlah bekalan, melonjak harga emas meningkat lebih daripada 50% daripada harga yang sebelumnya, dan mungkin yang menunjukkan saling bergantung antara harga minyak mentah dan kenaikan harga emas dalam tempoh yang lepas, dan boleh dikatakan bahawa kenaikan hasil minyak negara-negara ke arah pasaran emas, yang membawa kepada harga emas lebih tinggi. 


..Analisis Berita Emas Mesir..

Thursday, December 8, 2011

apa untungnya emas...

   Ramai orang takut bila bercakap pasal emas...Ramai juga yang risau bila sembang tentang emas tapi mereka tidak pula risau bila sebut pasal saham,pelaburan dsbg yang berkaitan dengan keuntungan.Sehinggakan ada yang sanggup gadai tanah bila masuk saham-saham ni,tak pula dia risau..hmm itulah manusia macam cara dan perangai yang berbeza..Realiti hidup di dunia ni memang begitu,hukum alam namanya..

   Apakah selama ini anda menilai apakah pelaburan yang menguntungkan anda?ASB ke?Simpanan tetap ke?Saham ke?Kereta ke?Rumah ke?Hartanah ke?Emas ke?Simpanan sendiri?...Ramai anak muda yang baru bekerja pasti akan nampak apa yang dicatat di awal,bahkan tidak tahu adakah yang dicatat di akhir-akhir tu boleh menguntungkan..mereka akan membeli bila tiba waktunya seperti bila nak dekat kahwin baru gelut-gelut nak beli rumah,emas dan tanah...budaya masyarakat kita tidak mendidik anak2 muda menyimpan emas dari kecil sebab itu mereka tidak tahu bagaiman emas itu boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka itu sendiri berbanding dengan mereka membeli kereta,dapat je kunci dah jatuh nilai 10% (sebagai contoh)..Begitu juga dengan beli motor dsbg nya...

   Apa yang saya nak nyatakan di sini ialah pelaburan yang pertama dalam hidup anda perlu ditekankan adalah emas,asuh anak2 anda didik mereka dengan menyimpan emas sejak dari kecil lagi..kerana itulah yang saya lihat amalan penabungan yang sihat dan amat menguntungkan anda dan keluarga anda.peningkatan nilai dalam 1 tahun menjangkau dari 35%-50% ,lebih-lebih lagi jika banyak..dalam post sebelum ni saya dah tunjukkan kepada anda graf tahun 2011 dalam masa 1 tahun , di sini anda dah mampu untuk menilai apakah pelaburan yang menguntungkan anda kelak.Anda boleh lihat di gambar bawah ini :-


Siapa yang bijak?Anda atau Bank?...

Okay..di sebelah kanan blog ni terdapat harga pasaran jewellery,anda boleh lihat.Untuk sebarang pembelian anda boleh berurusan dengan kami,insyaAllah kami akan membantu anda..untuk menggandakan lagi keuntungan anda dengan emas terdapat beberapa tips yang boleh kami kongsikan dengan anda,insyaAllah pada posting yang akan datang kami akan kupaskan bersama anda dengan seberapa yang boleh kami bantu anda..terima kasih dari kami di   emaspadu02

wassalam..

Tuesday, December 6, 2011

macam mana emas boleh naik haa!!!

Salam 'Alaikum  kepada yang membaca,melihat,menengok,membeli,menyimpan,menggadai emas dan yang lain-lain lagi lah..banyak sangat kot..huhu..
  Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua camna emas tu naik nilainya.Ramai orang pening lah,tak tahulah,tak retilah,camna nak tengok harga emas ni???dan ada juga yang masih ada simpanan emas pusaka tapi tak tahu camna nak gandakan nilainya @ hanya simpan semata2.Ada juga yang minat sangat2 dengan emas tapi tak reti camna nak belinya,tak reti juga camna nak mulakan pelaburan emas ni...banyak lagi masalah2 yang dihadapi oleh orang2 sekarang...

  Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk kita menilai kenaikkan harga emas semasa..Anda mungkin tahu laman sesawang http://www.kitco.com/ ...okay,di sini anda boleh melihat chart emas (gold chart) yang mana ia di update dari masa ke semasa...cuba tengok chart di bawah :-

chart emas selama 2 bulan mula dari USD 1620-USD 1795
 okay...chart di atas telah menunjukkan kenaikkan harga emas dalam tempoh 2 bulan bermula dari 06 okt 2011 dengan USD 1620 = RM 5,115.72..berakhir pada 05 dis 2011 dengan USD 1795 = RM 5,668.34...Apakah yang anda telah lihat pada chart ini?Adakah terdapat keuntungan pada nilai emas tersebut?sekiranya anda membeli emas pada tarikh 06 okt, tidakkah anda telah mendapat keuntungan?berapakah keuntungan yang anda telah dapat?

jawapan:-

- Chart di atas menunjukkan nilai  1 ounce = 31.10 gram emas.
- nilai belian USD 1620 convert = RM 5,115.72 (pd 06 okt )
- nilai semasa USD 1795 convert = RM 5,668.34 (pd 05 dis)
- keuntungan dalam RM 552.62
- kenaikkan sebanyak (5%) untuk 2 bulan tersebut.

Jadi,apa yang anda boleh faham pada chart yang saya jelaskan di atas?begitulah seterusnya nilai kenaikkan harga emas dari masa ke semasa.Anda gunakan juga cara yang saya tunjukkan di atas untuk nilai kenaikkan nilai emas dalam chart emas tahunan,caranya tetap sama cuma chart emas yang akan  berbeza.... :)

tengok chart emas dalam tempoh 6 bulan (06 Jun-05 Dis 2011) di bawah :-


Begitu juga dengan chart emas dalam tempoh 1 tahun (pada 2011) :-

okay...itulah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi dengan anda semua,saya harap dengnan perkongsian saya kali ini yang sedikit dapat emebantu anda dalam menilai pelaburan emas dan dapat menguntungkan anda kelak, semoga anda kaya dan berjaya... :)

sekarang saya berada di Mesir...bagi yang ingin membuat pembelian emas melalui saya boleh hubungi saya +201115946755 (Mohd A'fifi)

                                                ~kepuasan anda nilai kejayaan kami ~

mohd a'fifi
emaspadu02@gmail.com

Sunday, December 4, 2011

Simpan dan Belilah Emas Untuk Simpanan Masa Depan Orang Islam

                                 Kenapa perlu simpan dinar?



- Ia merupakan wang sunnah 
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) 
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) 
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

KENAPA PERLU SIMPAN/BELI EMAS 




(1) memiliki nilai tersendiri seperti emas, perak, kurma, gandum, barli, garam dan lain-lain barangan komoditi yang memiliki nilai,

(2) nilainya tidak berubah berdasarkan masa, sebagai contoh, nilai 1 gram emas tetap sama daripada zaman dahulu sehingga sekarang sebab 1 gram emas dahulu dengan 1 gram emas sekarang adalah sama. Sebagai contoh, 1 keping dirham wang perak murni seberat 3.00 gram dapat membeli 1 ekor ayam di zaman RasulAllah SAW, sekarang ini setelah lebih dari 1400 tahun kemudian 1 ekor ayam masih boleh dibeli dengan 1 keping wang dirham perak murni seberat 3.00 gram. Logiknya adalah kerana ayam dan wang perak itu tidak pernah berbeza di zaman 1400 tahun dahulu maupun sekarang. Cuba bandingkan fenomena ini dengan harga ayam 10 tahun dahulu dengan sekarang. Jauh sekali bezanya. Ini adalah disebabkan duit yang kita gunakan sekarang ini adalah duit Riba sedangkan dahulu manusia mengunakan matawang sebenar.

(3) diterima oleh segenap lapisan manusia. Cuba kita ambil sekeping wang RM100 dan kita koyakkan kepada 10 cebisan kecil dan kemudian kita campakkan di udara di kota London, agaknya akan adakah manusia yang berebut-rebut mengejar cebisan wang itu untuk dicantumkan supaya mereka miliki wang RM100 tadi? Berbanding dengan jika kita pecahkan sekeping wang dinar emas murni kepada 10 keping dan kita lakukan aksi yang sama seperti yang kita lakukan kepada wang RM100 tadi. Dengan yakin, InsyaAllah ramai yang akan berebut untuk mengambil sekeping dari pecahan wang dinar emas murni tadi kerana biarpun sekeping kecil dari 1 keping wang dinar emas murni tetapi sekeping kecil ini adalah emas, dan semua manusia menilai emas sebagai berharga. Allah SWT telah nyatakan hal ini di dalam Al-Quran tanpa ragu lagi. Cuba kita bawa wang ringgit untuk digunakan di negara China, sudah tentu wang itu tidak dapat digunakan di sana sebaliknya kita perlu menukarkan wang tersebut kepada matawang Yuan dan barulah kita dapat membeli apa-apa di negara China. Tetapi sekiranya kita bawa wang emas ke negara China ataupun ke mana negara di dunia ini sekali pun, InsyaAllah kita tidak akan ditolak, pembelian kita dengan mengunakan pembayaran wang emas akan diterima oleh penjual dengan rasa riang dan gembira. Dengan berlandaskan matawang Riba inilah sistem ekonomi sekarang ini berjalan. Bagi menjayakan sistem ini, ekonomi secara kredit (hutang) perlu diperhebatkan. Maka diwujudkan sistem perbankan bagi melaksanakan hasrat dajal mereka ini. Namun yang menyedihkan timbullah pulak pihak yang kononnya sebagai pakar fiqh Islam yang membenarkan pengwujudan sistem perbankan Islam, di mana yang asalnya haram dihalalkan. RasulAllah SAW ada bersabda di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba. Lalu ada yang bertanya, Apakah semua manusia wahai Rasulullah? Sabdanya, Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya. Zaman yang RasulAllah SAW maksudkan ini adalah di zaman kita sekarang ini, walaupun kita cuba untuk tidak menggunakan sistem perbankan sekarang ini tetapi kita masih menggunakan matawang riba yang cukup menindas ini. Firman Allah SWt di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang di antara maksudnya jika kamu terus mengamalkan riba, maka tunggulah bahawa Allah dan para Rasulnya akan datang memerangi kamu. Masalah riba ini masih dipandang ringan oleh masyarakat kerana rata-rata masyarakat Islam jahil akan pengertiannya, sedangkan, Abdullah ibn Handullah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, (Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali.)

Dan manakala Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275, yang di antara maksudnya, (Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantang penyakit jiwa. Maka tidak hairanlah kenapa di zaman ini kita lihat terlalu banyak sangat penyakit sosial dan keruntuhan akhlak berlaku.)

 Mungkin juga ini adalah faktur yang membuatkan doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT kerana kehidupan harian kita bergelumang dengan dosa hanya dengan amalan ekonomi yang kita gunakan hari ini. Inilah juga yang menjadi jawapan kepada kenapa umat Islam boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa zionis di masa kini. Kita terlalu jahil sehinggakan amalan ibadah kita yang kita sangkakan suci telah dicemari dengan amalan riba. Kita tunaikan zakat dengan nawaitu untuk mensucikan harta kita dan juga menunaikan tanggungjawab di dalam rukum Islam, dan dengan harapan zakat tadi dapat memakmurkan ekonomi ummah Islam tetapi digelakkan sahaja oleh pihak zionis kerana mereka telah dapat mencemarkan ibadah kita apabila kita menggunakan matawang ciptaan mereka ini.

:- petikan dari hani _iwan (ILUVISLAM)

Saturday, October 15, 2011

Siapa mahu jadi jutawan emas!!!!

simpanan anda


  Salam 'alaikum kepada sahabat2 pembaca blog sekelian,mudah-mudahan anda semua sihat selalu.Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kesulitan pada blog saya berkaitan harga-harga emas public gold,Alhamdulillah saya telah pun mengemaskini harga-harga emas public gold dan anda boleh menyemak setiap hari seperti biasa :)

  Sukacita saya ingin mewar-warkan kepada anda sekelian,saya membuka satu peluang bagi sesiapa yang mahu jadi jutawan emas.Amda hanya perlu menyediakan 30% modal dan selebihnya saya akan membantu anda.
keuntungan anda
 Saya akan tunjuk kepada anda teknik-tekniknya,dengan teknik-teknik tersebut anda mampu menjadi seorang jutawan emas dengan segera... =)

maklumat lanjut : - 019-4669024 (afifi)

Friday, September 30, 2011

Harga menarik rantai tangan 916 untuk dijual


rantai tangan (916) 27.85g


Salam sejahtera kepada pelawat-pelawat blog emas padu 02 ,hari ini Jumaat penghulu segala hari.Sebaik-baiknya hari ini kita tingkatkan amalan kita kepada Illahi dengan penuh ketaqwaan dalam hati yang suci lagi murni,dengan peluang yang pada Jumaat ini.Saya membuka jualan (rantai tangan 916  27.85g) dengan harga yang menarik RM4900 untuk anda sekelian.

Membeli dengan nilai yang sedemikian tidak bermakna anda akan kerugian hari ini jika anda memandang 1 tahun ke hadapan dengan kiraan nilai emas tempoh 1 tahun kenaikkan 30% nilainya,ini amat bermakna bagi kita untuk masa depan berbanding menyimpan duit..


jadi!!! tunggu apa lagi...lakukan pembeliannya sekarang... :)





Wednesday, September 28, 2011

Penggunaan Mata Wang Di China (Ann Wan Seng)


Negara China mempunyai sejarah yang panjang iaitu lebih 5000 tahun lamanya. Untuk
sekian lamanya, China telah diperintah oleh puluhan dinasti yang memerintah negara itu
secara silih berganti. Hubungan dagang di antara China dan orang Arab telah terjalin sebelum kedatangan Islam lagi. Barang-barang dagangan yang dikeluarkan oleh China
ialah kertas, kain, porselin, sutera dan ubat-ubatan yang ditukarkan kepada gading,
haruman, permata, barangan kaca, rempah ratus dan sebagainya. Perdagangan di antara
kedua-dua belah pihak menjadi semakin rancak dan giat dengan kedatangan para
pedagang Islam ke China semasa pemerintahan Dinasti Tang (618-905M). Dalam
kegiatan perdagangan itu, mata wang seperti dinar dan dirham telah diperkenal dan
diedarkan oleh pedagang Islam di China.

Penggunaan mata wang logam ini berterusan sehingga ke zaman Dinasti Sung (960-
1279M). Bagaimanapun pada pemerintahan Dinasti Yuan atau Mongol (1279-1368M),
penggunaan mata wang kertas telah diperkenalkan. Namun begitu, wang kertas yang
digunakan itu dijamin dengan emas dan diperlakukan mengikut piawaian nilai emas.
Penggunaan dan pengedaran wang kertas secara tidak terkawal di pasaran telah
menyebabkan seluruh percetakan wang kertas dihentikan pada tahun 1311M. Penggunaan
mata wang kertas telah menyebabkan berlakunya krisis ekonomi yang serius pada zaman
pemerintahan Dinasti Yuan. Pemerintah telah menanggung beban hutang yang tinggi dan
mengalami masalah kewangan. Sebagai kesannya, moral kerajaan Dinasti Yuan
mengalami kejatuhan dan kemerosotan sehingga mendorongkan kebangkitan rakyat yang
menjatuhkan pemerintahan tersebut.

Pemerintahan Dinasti Yuan telah digantikan dengan Dinasti Ming (1368-1644M) yang
dianggap sebagai zaman kegemilangan bagi umat Islam di China. Pada masa
pemerintahan Dinasi Ming, para pedagang Islam telah menguasai beberapa bandar dan
pelabuhan di China. Ramai umat Islam didapati bermastautin di Selatan China seperti di
Guangzhou, Guandong, Ningbo dan Hainan. Para pedagang Arab dan umat Islam
dipanggil sebagai Fan Ke atau pendatang luar. Kebanjiran mereka di China telah
mendorong kerajaan Dinasti Ming mendirikan kawasan kediaman bagi mereka yang
dikenali sebagai Fan Fang. Di kawasan penempatan itu dibina Fan Yu iaitu rumah untuk
para Fan Ke. Pemimpin kepada umat Islam dipanggil sebagai Fan Zhang yang
dipertanggungjawab untuk menguruskan hal-ehwal seharian di Fan Fang.

 Berdasarkan kepada fakta sejarah maka sudah jelas kepada kita bahawa komuniti Arab
dan muslim telah mendiami dan menguasai beberapa daerah di China. Ini telah
memberikan ruang kepada mereka untuk menggunakan mata wang logam seperti emas
dan perak di dalam urusan kehidupan seharian serta sewaktu menjalankan urusan
perdagangan dengan para pedagang luar negara. Di antara daerah dan bandar yang
mempunyai majoriti umat Islam ialah Linxia yang dianggap sebagai Makkah Kecil
China, Yunan dan Pelabuhan Zaitun yang terletak di Quanzhou. Pada zaman Dinasti
Ming juga muncul seorang tokoh yang cuku hebat. Beliau ialah Laksamana Haji
Muhammad Cheng Ho yang telah melakukan tujuh kali pelayaran (ada sarjana
mengatakan sepuluh kali pelayaran) ke seluruh dunia.

Wang-wang logam yang digunakan pada zaman Dinasti Ming telah ditemui di beberapa
buah tempat dan negara seperti di Kelantan, Terengganu, Melaka, Brunei, Jawa,
Sumatera dan sebagainya menunjukkan betapa penggunaan wang logam begitu meluas
tidak setakat di dalam negara tetapi juga luar China.Wang logam yang berupa syiling
masih digunakan dalam pemerintahan Dinasti Qing atau Manchu (1644-1912M).Tetapi
penentangan dan pemberontakan yang bertali arus daripada para penduduk tempatan serta
umat Islam telah menyebabkan hubungan dagang dengan dunia Islam hampir terputus.
Kuasa-kuasa Barat dan Jepun mulai masuk seterusnya menguasai ekonomi dan
kekuasaan di negara China secara tidak langsung. Dominasi ekonomi Barat telah
menyebabkan China akhirnya menjadi orang sakit Asia yang tidak lagi dihormati dan
dikagumi seperti mana yang pernah berlaku suatu ketika dahulu khususnya sewaktu
emas, perak dan tembaga menjadi sandaran mata wang yang utama.

KESIMPULAN

Penggunaan mata wang di China dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, logam
yang berupa siling, kepingan dan ketulan emas atau perak. Kedua, wang kertas semasa
pemerintahan Dinasti Yuan atau Mongol tetapi sandaran ialah kepada nilai emas. Ini
menunjukkan betapa logam seperti emas dan perak merupakan asas kepada ukuran dan
piawaian bagi nilai wang digunakan di China sama ada dalam bentuk logam atau pyn
kertas.

Monday, September 26, 2011

Promosi untuk hari ini sementara harga emas rendah!!!

Salam sejahtera kepada pembaca blog emaspadu02 yang dirahmati dan dikasihi Allah selalu,harap-harap semuanya sihat dalam keadaan a'afiyah dan dilindungi selalu.hari ni 26/9/11 genap setahun saya berkecimpung dalam bidang perniagaan emas,Alhamdulillah dengan kurniaan Illahi telah membuka peluang buat saya untuk terus berkecimpung dalam bidang ini...Dengan rasa jujur dan rasa ingin membantu saudara dan saudari,saya membuka tawaran untuk hari ini dengan pembelian RM 5000 ke atas anda akan mendapat potongan 3% sekiranya membeli dlm 1 resit...pembelian terbuka hanya untuk barang kemas sahaja...jenis2 barang kemas ada pada posting saya yg sblm ni,anda boleh lihat di posting yg sblm2 ni..sbrg pertanyaan sms/call 019-4669024 (afifi)...sekian terima kasih..

wassalam..

Friday, September 16, 2011

P.M. Kitco Metals Roundup: Comex Gold Ends Sharply Lower on Uptick in Investor Risk Appetite, Technically Related Selling




(Kitco News) -Comex December gold futures prices finished the U.S. day session sharply lower. It was a "risk on" day in the world market place Thursday, as world stock markets were firmer and appear to have stabilized this week. That's bearish for the safe-haven investment asset gold. Investors and traders at are viewing, at least temporarily, the European Union debt crisis as de-escalating. Some technical support levels were also breached on the downside in December gold Thursday, to set off sell stops and push gold prices still lower. December gold last traded down $43.20 at $1,783.30 an ounce. Spot gold last traded down $40.80 an ounce at $1,780.75. December Comex silver last traded down $0.958 at $39.575 an ounce.

This week may have seen investors and traders turn the corner on the European Union sovereign debt crisis front. On Wednesday Moody's downgraded two major French banks' credit ratings. But the markets showed little reaction. That's a clue that the market place has probably factored in all the bad news coming out of and expected to come out of the EU. Worries were also eased when a conference call between the leaders of Greece, Germany and France Wednesday resulted in all three leaders pledging to keep Greece afloat in the EU. Then on Thursday morning five major central banks of the world, including the Federal Reserve and European Central Bank, announced they were adding liquidity into the European financial system by injecting U.S. dollars into it. The apparent de-escalation in the EU debt crisis worked to put downside price pressure on safe-haven gold.

The U.S. dollar index traded lower Thursday, in part due to the news of the central banks injecting greenbacks into the European financial system. The Euro currency saw a solid a rebound  on that move and on the easing EU debt tensions.

Wednesday, September 7, 2011

stok baru rantai tangan 999/916


Alhamdulillah....lagi stok baru dari kami rantai tangan 999/916 ada 2 patern (gajah,pasir)
berminat boleh call sekarang!!! sblm terlmbt!!! 019-4669024 utk lock dn tempah..
utk sekitar perak,penang,kedah saya akan hantar...
KL 11,12,13 sep saya akan ke sana..
Kuantan 10 sep saya ada di sana..
Call segera utk order dan lock hrga..
Harga semasa di kiri blog
dan tiada upah tukang tuk setiap pembelian 20g ke atas...

rantai pasir 999 (20.06g) sold

rantai gajah 999 (20.30g)

916 (9.25g)

rantai pasir 999  sold

3 utas stok baru 999/916

rantai gajah 999

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More