This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label pelaburan emas. Show all posts
Showing posts with label pelaburan emas. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Fatwa: Pelaburan emas Genneva Malaysia tak sah

KUALA LUMPUR - Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.

Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.

Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli.

Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama
dipetik dari Sinar Harian

Thursday, December 8, 2011

apa untungnya emas...

   Ramai orang takut bila bercakap pasal emas...Ramai juga yang risau bila sembang tentang emas tapi mereka tidak pula risau bila sebut pasal saham,pelaburan dsbg yang berkaitan dengan keuntungan.Sehinggakan ada yang sanggup gadai tanah bila masuk saham-saham ni,tak pula dia risau..hmm itulah manusia macam cara dan perangai yang berbeza..Realiti hidup di dunia ni memang begitu,hukum alam namanya..

   Apakah selama ini anda menilai apakah pelaburan yang menguntungkan anda?ASB ke?Simpanan tetap ke?Saham ke?Kereta ke?Rumah ke?Hartanah ke?Emas ke?Simpanan sendiri?...Ramai anak muda yang baru bekerja pasti akan nampak apa yang dicatat di awal,bahkan tidak tahu adakah yang dicatat di akhir-akhir tu boleh menguntungkan..mereka akan membeli bila tiba waktunya seperti bila nak dekat kahwin baru gelut-gelut nak beli rumah,emas dan tanah...budaya masyarakat kita tidak mendidik anak2 muda menyimpan emas dari kecil sebab itu mereka tidak tahu bagaiman emas itu boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka itu sendiri berbanding dengan mereka membeli kereta,dapat je kunci dah jatuh nilai 10% (sebagai contoh)..Begitu juga dengan beli motor dsbg nya...

   Apa yang saya nak nyatakan di sini ialah pelaburan yang pertama dalam hidup anda perlu ditekankan adalah emas,asuh anak2 anda didik mereka dengan menyimpan emas sejak dari kecil lagi..kerana itulah yang saya lihat amalan penabungan yang sihat dan amat menguntungkan anda dan keluarga anda.peningkatan nilai dalam 1 tahun menjangkau dari 35%-50% ,lebih-lebih lagi jika banyak..dalam post sebelum ni saya dah tunjukkan kepada anda graf tahun 2011 dalam masa 1 tahun , di sini anda dah mampu untuk menilai apakah pelaburan yang menguntungkan anda kelak.Anda boleh lihat di gambar bawah ini :-


Siapa yang bijak?Anda atau Bank?...

Okay..di sebelah kanan blog ni terdapat harga pasaran jewellery,anda boleh lihat.Untuk sebarang pembelian anda boleh berurusan dengan kami,insyaAllah kami akan membantu anda..untuk menggandakan lagi keuntungan anda dengan emas terdapat beberapa tips yang boleh kami kongsikan dengan anda,insyaAllah pada posting yang akan datang kami akan kupaskan bersama anda dengan seberapa yang boleh kami bantu anda..terima kasih dari kami di   emaspadu02

wassalam..

Tuesday, December 6, 2011

macam mana emas boleh naik haa!!!

Salam 'Alaikum  kepada yang membaca,melihat,menengok,membeli,menyimpan,menggadai emas dan yang lain-lain lagi lah..banyak sangat kot..huhu..
  Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua camna emas tu naik nilainya.Ramai orang pening lah,tak tahulah,tak retilah,camna nak tengok harga emas ni???dan ada juga yang masih ada simpanan emas pusaka tapi tak tahu camna nak gandakan nilainya @ hanya simpan semata2.Ada juga yang minat sangat2 dengan emas tapi tak reti camna nak belinya,tak reti juga camna nak mulakan pelaburan emas ni...banyak lagi masalah2 yang dihadapi oleh orang2 sekarang...

  Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa cara untuk kita menilai kenaikkan harga emas semasa..Anda mungkin tahu laman sesawang http://www.kitco.com/ ...okay,di sini anda boleh melihat chart emas (gold chart) yang mana ia di update dari masa ke semasa...cuba tengok chart di bawah :-

chart emas selama 2 bulan mula dari USD 1620-USD 1795
 okay...chart di atas telah menunjukkan kenaikkan harga emas dalam tempoh 2 bulan bermula dari 06 okt 2011 dengan USD 1620 = RM 5,115.72..berakhir pada 05 dis 2011 dengan USD 1795 = RM 5,668.34...Apakah yang anda telah lihat pada chart ini?Adakah terdapat keuntungan pada nilai emas tersebut?sekiranya anda membeli emas pada tarikh 06 okt, tidakkah anda telah mendapat keuntungan?berapakah keuntungan yang anda telah dapat?

jawapan:-

- Chart di atas menunjukkan nilai  1 ounce = 31.10 gram emas.
- nilai belian USD 1620 convert = RM 5,115.72 (pd 06 okt )
- nilai semasa USD 1795 convert = RM 5,668.34 (pd 05 dis)
- keuntungan dalam RM 552.62
- kenaikkan sebanyak (5%) untuk 2 bulan tersebut.

Jadi,apa yang anda boleh faham pada chart yang saya jelaskan di atas?begitulah seterusnya nilai kenaikkan harga emas dari masa ke semasa.Anda gunakan juga cara yang saya tunjukkan di atas untuk nilai kenaikkan nilai emas dalam chart emas tahunan,caranya tetap sama cuma chart emas yang akan  berbeza.... :)

tengok chart emas dalam tempoh 6 bulan (06 Jun-05 Dis 2011) di bawah :-


Begitu juga dengan chart emas dalam tempoh 1 tahun (pada 2011) :-

okay...itulah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi dengan anda semua,saya harap dengnan perkongsian saya kali ini yang sedikit dapat emebantu anda dalam menilai pelaburan emas dan dapat menguntungkan anda kelak, semoga anda kaya dan berjaya... :)

sekarang saya berada di Mesir...bagi yang ingin membuat pembelian emas melalui saya boleh hubungi saya +201115946755 (Mohd A'fifi)

                                                ~kepuasan anda nilai kejayaan kami ~

mohd a'fifi
emaspadu02@gmail.com

Sunday, December 4, 2011

Simpan dan Belilah Emas Untuk Simpanan Masa Depan Orang Islam

                                 Kenapa perlu simpan dinar?



- Ia merupakan wang sunnah 
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) 
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) 
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

KENAPA PERLU SIMPAN/BELI EMAS 




(1) memiliki nilai tersendiri seperti emas, perak, kurma, gandum, barli, garam dan lain-lain barangan komoditi yang memiliki nilai,

(2) nilainya tidak berubah berdasarkan masa, sebagai contoh, nilai 1 gram emas tetap sama daripada zaman dahulu sehingga sekarang sebab 1 gram emas dahulu dengan 1 gram emas sekarang adalah sama. Sebagai contoh, 1 keping dirham wang perak murni seberat 3.00 gram dapat membeli 1 ekor ayam di zaman RasulAllah SAW, sekarang ini setelah lebih dari 1400 tahun kemudian 1 ekor ayam masih boleh dibeli dengan 1 keping wang dirham perak murni seberat 3.00 gram. Logiknya adalah kerana ayam dan wang perak itu tidak pernah berbeza di zaman 1400 tahun dahulu maupun sekarang. Cuba bandingkan fenomena ini dengan harga ayam 10 tahun dahulu dengan sekarang. Jauh sekali bezanya. Ini adalah disebabkan duit yang kita gunakan sekarang ini adalah duit Riba sedangkan dahulu manusia mengunakan matawang sebenar.

(3) diterima oleh segenap lapisan manusia. Cuba kita ambil sekeping wang RM100 dan kita koyakkan kepada 10 cebisan kecil dan kemudian kita campakkan di udara di kota London, agaknya akan adakah manusia yang berebut-rebut mengejar cebisan wang itu untuk dicantumkan supaya mereka miliki wang RM100 tadi? Berbanding dengan jika kita pecahkan sekeping wang dinar emas murni kepada 10 keping dan kita lakukan aksi yang sama seperti yang kita lakukan kepada wang RM100 tadi. Dengan yakin, InsyaAllah ramai yang akan berebut untuk mengambil sekeping dari pecahan wang dinar emas murni tadi kerana biarpun sekeping kecil dari 1 keping wang dinar emas murni tetapi sekeping kecil ini adalah emas, dan semua manusia menilai emas sebagai berharga. Allah SWT telah nyatakan hal ini di dalam Al-Quran tanpa ragu lagi. Cuba kita bawa wang ringgit untuk digunakan di negara China, sudah tentu wang itu tidak dapat digunakan di sana sebaliknya kita perlu menukarkan wang tersebut kepada matawang Yuan dan barulah kita dapat membeli apa-apa di negara China. Tetapi sekiranya kita bawa wang emas ke negara China ataupun ke mana negara di dunia ini sekali pun, InsyaAllah kita tidak akan ditolak, pembelian kita dengan mengunakan pembayaran wang emas akan diterima oleh penjual dengan rasa riang dan gembira. Dengan berlandaskan matawang Riba inilah sistem ekonomi sekarang ini berjalan. Bagi menjayakan sistem ini, ekonomi secara kredit (hutang) perlu diperhebatkan. Maka diwujudkan sistem perbankan bagi melaksanakan hasrat dajal mereka ini. Namun yang menyedihkan timbullah pulak pihak yang kononnya sebagai pakar fiqh Islam yang membenarkan pengwujudan sistem perbankan Islam, di mana yang asalnya haram dihalalkan. RasulAllah SAW ada bersabda di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba. Lalu ada yang bertanya, Apakah semua manusia wahai Rasulullah? Sabdanya, Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya. Zaman yang RasulAllah SAW maksudkan ini adalah di zaman kita sekarang ini, walaupun kita cuba untuk tidak menggunakan sistem perbankan sekarang ini tetapi kita masih menggunakan matawang riba yang cukup menindas ini. Firman Allah SWt di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang di antara maksudnya jika kamu terus mengamalkan riba, maka tunggulah bahawa Allah dan para Rasulnya akan datang memerangi kamu. Masalah riba ini masih dipandang ringan oleh masyarakat kerana rata-rata masyarakat Islam jahil akan pengertiannya, sedangkan, Abdullah ibn Handullah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, (Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali.)

Dan manakala Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 275, yang di antara maksudnya, (Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantang penyakit jiwa. Maka tidak hairanlah kenapa di zaman ini kita lihat terlalu banyak sangat penyakit sosial dan keruntuhan akhlak berlaku.)

 Mungkin juga ini adalah faktur yang membuatkan doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT kerana kehidupan harian kita bergelumang dengan dosa hanya dengan amalan ekonomi yang kita gunakan hari ini. Inilah juga yang menjadi jawapan kepada kenapa umat Islam boleh diperkotak-katikkan oleh bangsa zionis di masa kini. Kita terlalu jahil sehinggakan amalan ibadah kita yang kita sangkakan suci telah dicemari dengan amalan riba. Kita tunaikan zakat dengan nawaitu untuk mensucikan harta kita dan juga menunaikan tanggungjawab di dalam rukum Islam, dan dengan harapan zakat tadi dapat memakmurkan ekonomi ummah Islam tetapi digelakkan sahaja oleh pihak zionis kerana mereka telah dapat mencemarkan ibadah kita apabila kita menggunakan matawang ciptaan mereka ini.

:- petikan dari hani _iwan (ILUVISLAM)

Thursday, August 18, 2011

kenaikkan harga emas dalam tempoh seminggu...



perbezaan harga dari 16 ogos - 18 ogos



harga emas kadar 1 gram 18 ogos

perbezaan harga emas kadar 31.10g (1 ounce)





apakah yang anda akan dapat di carta ini?mungkin anda boleh menilai akan kenaikkan harga emas semenjak kebelakangan ini berlaku dengan kerap sekali...berbanding dengan anda menyimpan duit,jauh sekali perbezaannya dengan keuntungan dan nilai yang anda akan dapat setelah beberapa tahun anda menyimpannya..jadi untuk apa anda perlu tunggu lagi,mulai hari esok dengan simpanan emas.dijangka 5 tahun akan datang anda mampu tunaikan ibadah haji dengan 7-10 keping dinar...insyaAllah... :)

Saturday, August 13, 2011

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya :)

Makin banyak makin ceria :)

2. Kelebihan dari segi zakat emas (sila klik sini untuk topik zakat emas)

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal


Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.

Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).


Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!

Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.

Contoh: Rantai tangan yang putus.


Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.

Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.

Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.

Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.

Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

Biasanya gred barang kemas adalah 916

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi :(  Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k). 

Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak


Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak


Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)


Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.


Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter. 

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja

Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh. 

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.
Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik :)


(sumber: Jutawanemas.com)

Monday, June 27, 2011

Permintaan emas Didorong dengan Bantuan dari India


Permintaan global bagi emas terus meningkat, dan walaupun harga tidak melonjakt dalam beberapa minggu lalu, mereka sudah tentu tidak menjunam hampir 30 peratus, seperti perak.

Peniaga-peniaga India baru-baru ini meletakkan harga emas lebih tinggi berikutan musim perkahwinan India dan mengukuhkan trend di luar negara, walaupun jika tahun-tahun sebelumnya adalah satu petunjuk, harga yang benar-benar harus membuat keuntungan dalam kejatuhan.

"Ramai orang suka mengaitkan kejatuhan musim membeli India. India merupakan pengguna yang besar dari emas dan musim perkahwinan mereka berbetulan  terdapat juga trend melabur di AS, secara amnya ialah anda cenderung mempunyai lebih banyak pengetahuan dari berita atas apa jua sebab pada bulan September, Oktober November dan nampaknya ada lebih banyak berlaku berlaku, lebih banyak, "kata Jonathan Kosares, Akaun Eksekutif Amerika Syarikat Emas dalam temu bual telefon dengan Berita Emas Pelaburan. Kosares juga pengarang kajian tahunan memadamkan oleh Amerika Syarikat Emas mengenai trend bermusim harga emas.


Menurut komoditi Online, sebab itu orang berkata selamat tinggal kepada kemelesetan ekonomi dan mereka telah keluar dengan gerombolan untuk membeli emas sempena Dhanteras, masa yang menguntungkan untuk membuat pembelian baru untuk orang Hindu di India.

"Ia adalah menarik untuk melihat apa yang telah berlaku dalam semua tahun-tahun. Jika anda agregat yang pertama lima tahun, pada dasarnya anda telah 11,8 peratus dalam keuntungan emas dalam tempoh lima bulan terakhir tahun, yang tahunan ke 28,23 peratus, "kata Kosares. "Walaupun anda mempunyai tahun terpencil utama pada tahun 2008 di mana ia sebenarnya turun kira-kira lima peratus, anda masih mampu peratusan agregat yang sama sepanjang tempoh 4-5 tahun yang lalu."

Menurut artikel ini, gabungan krisis hutang yang semakin meningkat berdaulat di Eropah, masa depan tidak diketahui program pelonggaran kuantitatif Persekutuan, hutang berterusan siling perbahasan, tanda-tanda amaran awal inflasi, terutama dalam makanan dan komoditi dan berterusan menjanjikan ketidakstabilan geopolitik untuk membuat separuh kedua tahun 2011 yang menarik untuk pasaran emas.

"Sama ada atau tidak pengunduran bermakna akan nyata dalam dua bulan akan datang tidak diketahui, tetapi sepuluh tahun lalu tidak membuat satu perkara jelas: Jika anda ingin menambah emas untuk portfolio anda, dengan mengambil kesempatan daripada belenggu itu musim panas boleh menjadi strategi dipercayai dan memuaskan. "

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More