This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, July 16, 2012

Fatwa: Pelaburan emas Genneva Malaysia tak sah

KUALA LUMPUR - Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.

Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

Katanya, operasi syarikat tersebut didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 96 yang diadakan pada 13 hingga 15 Jun lepas.

Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.

Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli.

Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama
dipetik dari Sinar Harian

Thursday, January 26, 2012

Gold Price in Malaysia in last 30 days in Malaysian Ringgit


Date Gold Ounce Gold Pound Gram
Karat 24
Gram
Karat 22
Gram
Karat 21
Gram
Karat 18
Gram
Karat 14
26-01 5,200.37 1,170.50 167.21 153.27 146.28 125.37 97.57
25-01 5,131.53 1,155.01 165.00 151.24 144.35 123.71 96.28
24-01 5,196.01 1,169.52 167.07 153.14 146.16 125.27 97.49
23-01 5,181.81 1,166.32 166.62 152.72 145.76 124.92 97.22
22-01 5,173.36 1,164.42 166.35 152.47 145.52 124.72 97.06
21-01 5,168.89 1,163.42 166.20 152.34 145.40 124.61 96.98
20-01 5,141.05 1,157.15 165.31 151.52 144.61 123.94 96.46
19-01 5,160.87 1,161.61 165.94 152.10 145.17 124.42 96.83
18-01 5,157.10 1,160.76 165.82 151.99 145.07 124.33 96.76
17-01 5,192.14 1,168.65 166.95 153.03 146.05 125.17 97.41
16-01 5,157.05 1,160.75 165.82 151.99 145.06 124.33 96.76
15-01 5,135.02 1,155.79 165.11 151.34 144.45 123.80 96.34
14-01 5,135.82 1,155.97 165.14 151.37 144.47 123.81 96.36
13-01 5,131.31 1,154.96 164.99 151.23 144.34 123.71 96.27
12-01 5,159.90 1,161.39 165.91 152.07 145.14 124.39 96.81
11-01 5,154.28 1,160.13 165.73 151.91 144.99 124.26 96.70
10-01 5,071.87 1,141.58 163.08 149.48 142.67 122.27 95.16
09-01 5,081.23 1,143.68 163.38 149.76 142.93 122.50 95.33
08-01 5,087.10 1,145.01 163.57 149.93 143.10 122.64 95.44
07-01 5,087.10 1,145.01 163.57 149.93 143.10 122.64 95.
06-01 5,114.25 1,151.12 164.45 150.73 143.86 123.29 95.95
05-01 5,072.44 1,141.71 163.10 149.50 142.68 122.29 95.17
04-01 5,024.44 1,130.90 161.56 148.08 141.33 121.13 94.27
03-01 4,969.57 1,118.55 159.79 146.47 139.79 119.81 93.24
02-01 4,954.20 1,115.09 159.30 146.01 139.36 119.44 92.95
01-01 4,953.62 1,114.96 159.28 146.00 139.34 119.42 92.94
31-12 4,953.62 1,114.96 159.28 146.00 139.34 119.42 92.94
30-12 4,933.50 1,110.43 158.63 145.40 138.78 118.94 92.56
29-12 4,945.29 1,113.09 159.01 145.75 139.11 119.22 92.78
28-12 5,039.22 1,134.23 162.03 148.52 141.75 121.49 94.54

Sunday, January 8, 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

2012/01/07
HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.





Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Thursday, December 22, 2011

Bisnes Dunia: Perangkaan kukuh AS lonjak pasaran


Seorang penduduk Taipei melihat pasaran saham Taiwan yang dipaparkan di skrin kotaraya berkenaan




















Bon Sepanyol tingkat sentimen pelabur

PASARAN saham Asia melonjak semalam dirangsang pengumuman perangkaan perumahan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta terbitan bon oleh Sepanyol yang berjaya meningkatkan sentimen perniagaan dan pengguna di Jerman.

 Peniaga dilihat berjaya mengatasi kebimbangan sejak awal minggu ini susulan berita kematian pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-Il, yang meninggalkan negara bersenjata nuklear itu dalam keadaan tidak menentu.

Bursa Saham Tokyo naik 1.48 peratus, atau 123.50 mata kepada 8,459.98 dan Seoul melonjak 3.09 peratus atau 55.35 mata kepada 1,848.41, manakala Sydney bertambah 2.13 peratus atau 86.4 mata untuk ditutup pada 4,139.5.

Pasaran saham Hong Kong meningkat 1.86 peratus atau 336.25 mata dengan mengakhiri dagangan pada 18,416.45 tetapi Shanghai menurun 1.12 peratus atau 24.78 mata kepada 2,191.15.

Peniaga serantau diberikan petunjuk yang kukuh oleh pasaran Wall Street, yang mana Indeks Dow Jones meningkat sebanyak 2.87 peratus kelmarin iaitu rali paling kukuh dalam tempoh empat minggu selepas perangkaan rasmi yang diumumkan mengenai perumahan baru melonjak 9.3 peratus pada November.

Peningkatan itu adalah yang terbesar dicatatkan sejak April 2010 apabila kredit cukai, yang telah tamat tempoh terus memacu jualan.
Perangkaan itu disusuli dengan satu siri pengumuman menggalakkan dari Eropah.
Di Jerman, dua petunjuk ekonomi utama menunjukkan prestasi lebih baik daripada jangkaan.

Institut Penyelidikan Ekonomi di Jerman, berkata ia melihat indeks sentimen perniagaan adalah di luar jangkaan bagi bulan kedua berturut-turut, manakala satu kaji selidik berasingan menunjukkan tahap keyakinan pengguna juga kukuh di sebalik krisis hutang Eropah yang berlarutan.

Berita gembira dari Sepanyol yang mana akan menerima tampuk pemerintahan baru, bakal menikmati satu lagi terbitan bon dengan penjualan sebanyak 5.640 bilion euro (AS$7.4 bilion) bagi hutang jangka pendek, lebih banyak daripada yang dirancangkan sebelum ini.

Bank Pusat Eropah juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur apabila berkata ia akan menyediakan pinjaman tiga tahun dengan kadar faedah rendah bagi bank yang berdepan tekanan kerana cuba menangani potensi krisis kredit dan kemelesetan.

Dalam pasaran mata wang dolar Amerika Syarikat berada paras 77.75 yen berbanding 77.89.

Bagi pasaran minyak mentah, kontrak utama New York, minyak mentah light sweet bagi penghantaran Februari, meningkat 94 sen kepada AS$98.18 setong dan minyak mentah Brent North Sea juga bagi penghantaran Februari adalah 54 sen lebih tinggi pada paras AS$107.27.

Harga emas didagangkan pada AS$1,630.77 seaun berbanding AS$1,604.25 seaun kelmarin.

Di pasaran lain, Taipei naik 4.56 peratus atau 303.84 mata kepada 6,966.48, sementara Manila ditutup 0.61 peratus lebih tinggi, menambah 26.70 mata kepada 4,368.88.

Pasaran saham Wellington pula naik 0.66 peratus, atau 21.05 mata kepada 3,223.08. – AFP

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More